Saturday, August 30, 2008

Selamat Datang Ramadhan

Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh
kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:



"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." ­- Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.


Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:



"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang
salah.
" - Surah al-Baqarah: 185.

Friday, August 22, 2008

Minda Masa Depan

Setelah teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) diterima pakai secara meluas oleh pendidik, kini Howard Gardner mengemukakan idea baru di dalam buku barunya "Five Minds for the Future".

Perkembangan semasa pada abad ke-21 ini telah diambilkira untuk mendidik generasi yang mampu berperanan dengan berkesan dan menyahut cabarannya. 5 minda yang dimaksudkan ialah

- Disciplined Mind
- Synthesising Mind
- Creative Mind
- Respectful Mind
- Ethical Mind

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, sila layari http://www.howardgardner.com/

Saturday, August 2, 2008